Selasa, 9 Ogos 2011

Selamat berpuasa.

Allahamdulilah....seminggu sudah kita menjalani ibadat puasa di bulan yang mulia dan dirahmati ini.Banyak aktiviti harian yang berbaur lasak dihentikan buat seketika untuk menghormati bulan ramadhan dan keletihan serta kepenatan pasti terjadi andai diteruskan jua.Bermain Badminton masih diteruskan oleh sesetengah individu...begitu juga dengan kelab SEPAKAT....dewan masih disewa seperti biasa iaitu malam selasa dan sabtu jam 9.00 - 11.00 malam.Walau tak ramai yang pergi bermain tapi game tetap diteruskan kerana kita mempunyai 2 ahli non muslim dan seorang non muslim sebagai pemain tumpang...ditambah dgn seorag dua ahli lain lagi.Aku belum sekali pun lagi ada kesempatan untuk turun bermain.Hasrat hati nak juga turun bermain tapi...tengoklah kalu ada masa dan kesempatan.Siang hari rasa segar tapi bila dan lepas Tarawih tu mulalah tubuh rasa lesu...tambah2 lagi Tarawih sudah lewat.Pukul 10.00 mlm br sudah..tu pun tak tunggu imam berdoa..kalau tak 10.15 br siap.ada la masa dlm 30 minit utk main.Tp tak ralat pun memandangkan ibadat puasa datang setahun sekali...main sepanjang masa selagi ada kudrat.